SUPERBEST POWER PERLUAS PERNIAGAAN KE MYANMAR

Written by: Webmaster 2009/10/20

PETALING JAYA, 22Sept. - Syarikat pengeluaran produk miniuman kopi dan teh,Superbest Power Sdn Bhd(Superbest Power) telah meluaskan perniagaannya ke Myanmar pada tahun ini.

   Penghantaran pertama sebanyak 540,000 paket ke produk berasaskan kopi pra-campuran itu ke negara tersebut bermula pada 4 September lalu.

   Iamerupakan langkah awal syarikat untuk memperluaskan perniagaan berasaskan kopi pra-campuran Malaysia ke peringkat antarabangsa.

   Pengarah Urusannya,Kamal Mohd Nor meletakkan sasaran selama lima tahun untuk menerokai pasaran antarabangsa.

   Katanya, projek perluasan perniagaan ke Myanmar tersebut merupakan kerjasama dengan sebuah syarikat Malaysia yang berpengkalan di negara tersebut.

   Jelasnya, bagi kerjasama itu, pihaknya di minta menyediakan struktur asas dan produk manakala sebuah syarikat lagi terlibat dalam proses pembungkusan.

   Hasil daripada perkongsian itu, menurut Kamal, produk kopi pra-campuran Superbest Power diberi nama yang baru, Nice Cup.

   "Kami berbangga kerana produk syarikat kini boleh didapati di Myanmar dan seterusnya ia akan berkembang ke negara-negara lain,"katanya.

   Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini hari ini.

   Superbest Power Sdn.Bhd ditubuhkan pada 4 April 2008 dan kini seramai 20 kakitangan.

   Kini syarikat itu mengeluarkan produk minuman berasaskan herba, kopi pra-campuran Superbest Power dan Ice Cool Lemon Tea. Selain itu, Superbest Power juga menghasilkan Cd Pek dikenali Hero.

   Ditanya rancangan menembusi pasaran Asia Barat, Kamal berkata,Superbest Power tidak hanya memilih untuk melebarkan perniagaan ke negara-negara di rantau tersebut malah turut merancang mengembangkan perniagaan ke China.

   Ini kerana kedua-dua benua itu mempunyai permintaan pasaran yamg tinggi, tambah beliau.

   "Kami sudah mempunyai tapak yang baik di China tetapi belum mempunyai tempahan produk.Kami yakin China terutamanya masyarakat muslim di negara itu meyakini produk keluaran Malaysia yang mempunyai status halal",ujarnya.

   Untuk keterangan lanjut mengenai produk Superbest Power Sdn.Bhd, orang ramai boleh menghubungi talian 03-61405640 atau melayari laman web www.superbestpower.com.my

 

Berita Terkini

SUPERBEST POWER PELAWA SERTAI PROGRAM RAKAN NIAGA
28/08/2010

SUPERBEST Power (M) Sdn Bhd,pengeluar produk minuman kesihatan berasaskan herba menyasar mewujudkan sehingga 20,000 usahawan menjelang akhir tahun ini menerusi program perniagaan dalam talian.
Pengarah Urusannya Kamal Mohd Nor,berkata menerusi sistem e-dagang sbp2u.com yang diperkenalkan sejak awal tahun ini,Superbest sudah mewujudkan lebh 2,000 usahawan yang dikenali sebagai ejen promosi.


PANAS..
20/08/2010

WOW ....RM100 dah boleh berniaga.. Cubalah ..anda sihat KAMI bayar.. Yer..kami bayar dengan wang ringgit apabila anda war-warkan anda sihat pada rakan-rakan anda.. Itu saja mudah bukan..ingat..anda sihat KAMI bayar..


ANDA SIHAT KAMI BAYAR
20/08/2010

Superbest Power kini bukan sekadar kopi..ianya jenama yg semakin mendapat tempat dan menjadi bualan semua pihak. Minuman bertenaga menyihatkan menjana pula pendapatan.. Usah fikir untuk menjual. Cuba dulu sample percuma kami.. Rasai perbezaan .. Nilai sendiri dan bagi tau rakan. Anda dibayar komisen sehingga RM24 juta .


SuperBestPower (M) Sdn.Bhd di Carrefour, Subang Jaya
18/08/2010

Dapatkan produk kopi pra campuran herba SUPERBEST POWER di tingkat bawah Carrefour, Subang Jaya jam 10pg-10mlm sepanjang Ramadhan dari 10/8 - 9/9/2010, berbagai maklumat tentang produk minuman, kecantikan dan kelangsingan serta pelan PEMASARAN disediakan. hubungi 012-6651689: 017-2948244 untuk keterangan lanjut.


Tawaran Kepada Pengguna yang Mempunyai Visa dan Mastercard
10/08/2010

 Superbest Power (M) Sdn. Bhd. menawarkan kepada Stokis dan Super Agen untuk membuat belian melalui kad Visa dan kad Mastercard samada belian produk atau keahlian.  Pemegang kad Visa dan kad Mastercard yang melakukan urusniaga dengan SBP juga boleh melakukan pembayaran ansuran 6 bulan atau 12 bulan (terma dan syarat).


Visitors Counter: