DULU PENDIDIK,KINI USAHAWAN BERJAYA - SINAR HARIAN.SELASA,10 NOVEMBER 2009

Written by: Webmaster 2009/11/11

Siapa sangka anak kelahiran Temerloh, Pahang yang sebelum ini menjadi guru selama 10 tahun berubah kehidupan sebagai usahawan.

     Minatnya yang mendalam dalam bidang perniagaan bermula dari berniaga secara separuh masa menjual ikan di pasar, beliau kemudiannya mengambil keputusan untuk berhenti menjadi guru.

     Beliau menjadi pengedar barangan makanan sejuk beku selama beberapa tahun sebelum rugi RM300,000 mentebabkan namanya disenarai hitamkan pihak bank.

   Namun kehidupan ini ada pasang surut, kerjaya berbekalkan RM1,500, beliau berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencuba nasib.

     Ternyata usahanya itu tidak sia-sia apabila pihak MARA bersetuju untuk memberi khidmat nasihat dan bimbingan bagi membolehkn impiannya untuk membuka kilang pemasaran Kopi Pracampuran berasakan tongkat ali dan ubi menjadi kenyataan.

     Pengarah Superbest Power,Kamal Mohd Nor menyifatkan kejayaan hari ini hanya bersandarkan minat dan semangat mahu berjaya.

     Menurutnya, tindakan beliau meninggalkan kerjaya sebagai seorang guru bagi sesetengah orang amat merugikan namun beliau yakin apa yang diusahakan turut boleh membantu orang lain.

     "Sekarang ini Superbest Power memberi tumpuan kepada program keusahawanan dengan modal permulaan RM150 sahaja.

     "Konsep ini mudah kerana kita hanya perlu memberikan paket kopi secara percuma kepada rakan dan orang terdekat serta kemudian cari seberapa ramai kawan yang boleh untuk mengembangkan rangkaian.

     "Berbeza dengan perniagaan jualan langsung, menjadi usahawan Superbest kerana mereka hanya menunggu keuntungan setiap bulan dan ia boleh menjana pendapatan sampingan yang boleh mencecah sehingga RM20,000 sebulan," katanya.

     Kamal berkata, terpulang sama ada mahu kekal dengan cara itu atau mahu menjadi stokis keran kini Superbest Power mempunyai 300 stokis seluruh negara.

     Selain itu tidak ketinggalan Superbest Power turut menjalankan tanggungjawabnya kepada golongan memerlukan.

     "Dalam program ini, kita bantu ibu tunggal dengan memberi mereka produk tanpa dikenakan apa-apa bayaran modal permulaan cuma memerlukan sedikit usaha untuk menjual produk itu sahaja," katanya.

     Menurutnya, Superbest Power kini memberi tumpuan kepada pemasaran Kopi Pracampuran adunan ekstrak herba tongkat ali, ganoderma dan ubi jaga yang kini mendapat sambutan yang menggalakkan.

     Katanya, kopi tersebut diformulakan oleh Teknologi Park Malaysia,agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dihasilkan 100 peratus tanpa menggunakan gula.

     Kini Superbest Power turut memperkenalkan produk barunya Ice Cool Lemon Tea dan turut giat mempromosikan Pek Hero yang mendapat sambutan menggalakkan.

     "Kerajaan khususnya memberi peluang kepada usahawan untuk berjaya dan ia terbukti apabila pasaran herba di Malaysia sahaja dianggarkan bernilai lebih RM4.55 bilion dengan kadar pertumbuhan 15 hingga 20 peratus.

     "Ia dilihat memberi sinar dan harapan kepada usahawan yang menceburi dalam industri herba ini," jelasnya.

     Sebarang pertanyaan atau maklumat sila hubungi 03-61405640/5650 atau 019-2139931 atau layari laman web www.superbestpower.com.my atau kelabmenteesbp.blogspot.com

Berita Terkini

SUPERBEST POWER PELAWA SERTAI PROGRAM RAKAN NIAGA
28/08/2010

SUPERBEST Power (M) Sdn Bhd,pengeluar produk minuman kesihatan berasaskan herba menyasar mewujudkan sehingga 20,000 usahawan menjelang akhir tahun ini menerusi program perniagaan dalam talian.
Pengarah Urusannya Kamal Mohd Nor,berkata menerusi sistem e-dagang sbp2u.com yang diperkenalkan sejak awal tahun ini,Superbest sudah mewujudkan lebh 2,000 usahawan yang dikenali sebagai ejen promosi.


PANAS..
20/08/2010

WOW ....RM100 dah boleh berniaga.. Cubalah ..anda sihat KAMI bayar.. Yer..kami bayar dengan wang ringgit apabila anda war-warkan anda sihat pada rakan-rakan anda.. Itu saja mudah bukan..ingat..anda sihat KAMI bayar..


ANDA SIHAT KAMI BAYAR
20/08/2010

Superbest Power kini bukan sekadar kopi..ianya jenama yg semakin mendapat tempat dan menjadi bualan semua pihak. Minuman bertenaga menyihatkan menjana pula pendapatan.. Usah fikir untuk menjual. Cuba dulu sample percuma kami.. Rasai perbezaan .. Nilai sendiri dan bagi tau rakan. Anda dibayar komisen sehingga RM24 juta .


SuperBestPower (M) Sdn.Bhd di Carrefour, Subang Jaya
18/08/2010

Dapatkan produk kopi pra campuran herba SUPERBEST POWER di tingkat bawah Carrefour, Subang Jaya jam 10pg-10mlm sepanjang Ramadhan dari 10/8 - 9/9/2010, berbagai maklumat tentang produk minuman, kecantikan dan kelangsingan serta pelan PEMASARAN disediakan. hubungi 012-6651689: 017-2948244 untuk keterangan lanjut.


Tawaran Kepada Pengguna yang Mempunyai Visa dan Mastercard
10/08/2010

 Superbest Power (M) Sdn. Bhd. menawarkan kepada Stokis dan Super Agen untuk membuat belian melalui kad Visa dan kad Mastercard samada belian produk atau keahlian.  Pemegang kad Visa dan kad Mastercard yang melakukan urusniaga dengan SBP juga boleh melakukan pembayaran ansuran 6 bulan atau 12 bulan (terma dan syarat).


Visitors Counter: