SUPERBEST SASAR PEROLEHAN NAIK LEBIH 100% TAHUN INI -UTUSAN MALAYSIA.ISNIN,2 NOVEMBER 2009

Written by: Webmaster 2009/11/02

PETALING JAYA 1 Nov.- Syarikat pengeluar minuman berasaskan kopi dan teh, Superbest Power Sdn.Bhd. (Superbest Power) menyasarkan peroleh syarikat meningkat lebih 100 peratus pada tahun ini berikutan pelancaran perniagaan e-dagang dikenali blogstarnetwork,bermula bulan ini.

   Dalam tempoh enam bulan bermula Julai 2008, perolehan syarikat yang berjaya dicatatkan hanya RM1.3 juta manakala pada tahun ini, perolehan syarikat dijangka meningkat kepada RM2 juta setiap bulan.

   Pengarah Urusannya, Kamal Mohd Nor berkata, ia merupakan pencapaian yang memberangsangkan kepada syarikat kerana pelanggan boleh menjalankan urusniaga dengan mudah dan berpeluang membuat tempahan produk melalui kaedah itu.

   Jelasnya, melalui Internet,rangkaian jualan Superbest Power akan meluas dan ia dijangka melangkaui pasaran di seluruh dunia.

   "Kami sudah menyediakan laman web tersebut dengan bantuan seorang rakan yang pakar dalam bidang tersebut.

   "Melalui blogstarnetwork, stokis, ejen dan pelanggan dapat berinteraksi antara satu sama lain selain menjalankan urusniaga dengan lebih lancar," katanya.

   Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika di pejabatnya di Damansara Damai, di sini baru-baru ini.

   Ketika ditanya mengenai pasaran di pasar raya besar, Kamal berkata, pihaknya menyasarkan untuk membawa masuk produk kopi pracampuran Superbest Power dalam bungkusan (pouch) ke pasar raya Carrefour di seluruh Malaysia.

   Setakat ini, katanya, produk tersebut hanya menembusi empat buah pasar raya besar berkenaan.

   "Superbest Power juga berjaya memasuki pasaran pasar raya Mydin dan setakat ini dua pasar raya itu sudah mempunyai produk Superbest Power.

   "Pasaran ke pasar raya besar ini adalah batu loncatan syarikat untuk terus berkembang ke peringkat yang lebih tinggi," ujarnya.

   Setakat ini, dua produk utama Superbest Power iaitu kopi pracampurnya dan Ice Cool Lemon Tea sudah dijual di 20,000 buah kedai makan atau restoran seluruh negara.

   Superbest Power turut menyasarkan untuk meletakkan produknya di 50,000 buah kedai makan lagi pada tahun ini sebagai salah satu perkembangan perniagaan syarikat.

   Untuk keterangan lanjut mengenai produk atau mengenai Superbest Power Sdn.Bhd. , orang ramai boleh menghubungi talian 03-61405640 atau melayari laman web www.superbestpower.com.my

 

Berita Terkini

SUPERBEST POWER PELAWA SERTAI PROGRAM RAKAN NIAGA
28/08/2010

SUPERBEST Power (M) Sdn Bhd,pengeluar produk minuman kesihatan berasaskan herba menyasar mewujudkan sehingga 20,000 usahawan menjelang akhir tahun ini menerusi program perniagaan dalam talian.
Pengarah Urusannya Kamal Mohd Nor,berkata menerusi sistem e-dagang sbp2u.com yang diperkenalkan sejak awal tahun ini,Superbest sudah mewujudkan lebh 2,000 usahawan yang dikenali sebagai ejen promosi.


PANAS..
20/08/2010

WOW ....RM100 dah boleh berniaga.. Cubalah ..anda sihat KAMI bayar.. Yer..kami bayar dengan wang ringgit apabila anda war-warkan anda sihat pada rakan-rakan anda.. Itu saja mudah bukan..ingat..anda sihat KAMI bayar..


ANDA SIHAT KAMI BAYAR
20/08/2010

Superbest Power kini bukan sekadar kopi..ianya jenama yg semakin mendapat tempat dan menjadi bualan semua pihak. Minuman bertenaga menyihatkan menjana pula pendapatan.. Usah fikir untuk menjual. Cuba dulu sample percuma kami.. Rasai perbezaan .. Nilai sendiri dan bagi tau rakan. Anda dibayar komisen sehingga RM24 juta .


Tawaran Kepada Pengguna yang Mempunyai Visa dan Mastercard
10/08/2010

 Superbest Power (M) Sdn. Bhd. menawarkan kepada Stokis dan Super Agen untuk membuat belian melalui kad Visa dan kad Mastercard samada belian produk atau keahlian.  Pemegang kad Visa dan kad Mastercard yang melakukan urusniaga dengan SBP juga boleh melakukan pembayaran ansuran 6 bulan atau 12 bulan (terma dan syarat).


Filem dan Drama yang Ditaja oleh SUPERBEST POWER (M) SDN BHD pada 2010
06/08/2010

 FILEM :

Merong Mahawangsa : KRU Production

Drama :

Mencintai Mu : Temenggong Picture Sdn Bhd  (ASTRO)

Dari Kodiang ke Kuala Lumpur :  Temenggong Picture Sdn Bhd  (ASTRO)

Tipah Vavavoom : Temenggong Picture Sdn Bhd  (TV3)

Ranjau Kehidupan : Saga Lines (M) Sdn Bhd (RTM) 

Tan Tun : Arie Zaharie Production ( ASTRO )

Qalesya 2 : Nusantara Karya Seni Sdn Bhd ( ASTRO)

Halimah Jongang : A.Aida Production Sdn Bhd ( ASTRO)


Visitors Counter: