BERJAYA SELEPAS PERNAH BEBERAPA KALI GULUNG TIKAR, DITIPU RAKAN NIAGA GURU JADI USAHAWAN KOPI - UTUSAN MALAYSIA. ISNIN, 23 NOVEMBER 2009

Written by: Webmaster 2009/12/01

PETALING JAYA 22 Nov. - Beliau asalnya berkhidmat sebagai seorang guru tetapi kini menjadi usahawan kopi tempatan yang berjaya.

   Keperitan yang dilalui sebagai seorang usahawan menjadikan Kamal Mohd.Nor, 37 lebih matang dalam perniagaan.

   Pengalaman yang dilalui membolehkan beliau kini menjawat jawatan Pengarah Urusan Superbest Power (M) Sdn.Bhd. (Superbest Power), syarikat perniagaan yang berasaskan kopi yang ditubuhkan sendiri April 2008.

   Syarikat miliknya mungkin dianggap setahun jagung tetapi operasinya semakin berkembang ke seluruh negara dan luar negara. Kalau dahulu sekadar mampu bertatih, sekarang, Superbest sudah mampu berlari.

   Menurut Kamal, beliau mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan sewaktu melanjutkan pelajaran peringkat ijazah pertama secara luar kampus di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Semarak, Kuala Lumpur.

   Beliau yang mengajar di sebuah sekolah menengah di Jengka, terpaksa berulang-alik ke ibu kota setiap minggu.

   Minat untuk berniaga timbul apabila beliau kagum dengan kejayaan sebuah gerai ayam goreng di pasar malam berhampiran kampus UTM yang mendapat sambutan 'luar biasa'.

   Daripada situ, Kamal membuka perniagaan ayam segar dengan bermodalkan RM300. "Pada mulanya, saya meniaga 20 hingga 30 ekor ayam segar sehari.Pada waktu itu, pendapatan bersih saya kira-kira RM100 sehari dan ia berbalai untuk menampung keperluan harian sebagai guru dan juga pelajar luar kampus, ' katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

   Kamal berkata, perniagaan itu dijalankan secara kecil-kecilan kerana masih belajar dan menjadi guru , apatah lagi hasrat awal adalah meningkatkan taraf hidup keluarga yang ditanggungnya.

   Pada tahun 2000, perniagaan Kamal sebagai peniaga ayam segar bertambah besar dan pada masa yang sama beliau berjaya meluaskan perniagaanya sebagai pembekal makanan sejuk beku di beberapa bandar di Pahang, terutamanya di Jengka dan Maran.

   Tetapi lima tahun kemudian, perniagaan yang diusahakannya menjadi malap berikutan kemunculan beberapa pasar raya di sekitar Pusat Bandar Jengka, Pahangyang tumbuh seperti cendawan selepas hujan.

   "Kewujudan pasar raya di jengka telah membunuh perniagaan saya. Setelah tidak dapat bertahan lagi, perniagaan makanan sejuk beku yang diusahakan saya terpaksa ditutup pada tahun 2005 berikutan kurang mendapat sambutan para pelanggan," ujarnya.

   Kamal, bagaimanapun bernasib baik keran pada masa yang sama, beliau mempunyai perniagaan kafe di Universiti Islam Antarabangsa Malaysi (UIAM), Gombak, Kuala Lumpur yang menjadi kesinambungan kehidupannya sekeluarga.

   Malangnya. pada tahun yang sama, perniagaan Kamal gulung tikar, lalu beliau mengambil keputusan meletak jawatan sebagai seorang guru untuk menceburi perniagaan sepenuh masa.

   Beliau kemudiannya menyertai sebuah syarikat pemasaran pemasaran bertingkat (MLM) yang menawarkan perniagaan berasaskan barangan runcit dan beliau berjaya menjadi salah seorang ketuanya.

   Di syarikat itu, Kamal mendapati kopi yang dijual itu gagal menepati cita rasa masyarakat sehingga memberi idea kepada beliau untuk mencipta kopi menepati  kehendak pelanggan.

   Pada waktu itu, Kamal menggunakan syarikat salah seorang rakannya untuk mengeluarkan kopi berkenaan dan berjaya menjualnya dengan pasaran yang meluas.

   Tetapi, langit tidak selalunya cerah, Kamal terpaksa melalui satu episod kepayahan dalam hidupnya apabila rakannya itu lupa diri dan beliau ditipu, sekali gus menarik diri daripada menjadi rakan kongsi.

   Dalam keadaan sehelai sepinggang dan berbekalkan wang tunai RM1500, Kamal membawa diri ke ibu kota Kuala Lumpur dan memulakan perniagaan baru.

   "Kerajaan termasuk Majlis Amanah Rakyat (MARA) banyak membantu saya untuk membina perniagaan baru pada waktu saya amat memerlukan bantuan.

   "Pada 4 April 2008, saya mula menubuhkan syarikat Superbest Power yang memberi peluang kepada ramai golongan muda peluang pekerjaan.

   "Pengalaman lalu memberi saya kekuatan untuk menjalankan perniagaan berasaskan kopi" katanya.

   Kini jenama Superbest Power sudah berkembang dengan meluasnya keseluruh negara terutamanya di gerai-gerai dan kedai kopi yang terletak di bandar dan kawasan pedalaman".

   Kini syarikat itu telah memasuki pasaran pertamnya keluar negara iaitu Myanmar pada tahun ini selain membuka kilang baru untuk memenuhi keperluan permintaan meningkat.

   Kini Superbest Power mempunyai lebih 50 stokis di seluruh negaradengan tiga produk ditawarkan iaitu kopi pracampuran Superbest Power, Ice Cool Lemon Tea serta yang terbaru, HERO.

 

Berita Terkini

SUPERBEST POWER PELAWA SERTAI PROGRAM RAKAN NIAGA
28/08/2010

SUPERBEST Power (M) Sdn Bhd,pengeluar produk minuman kesihatan berasaskan herba menyasar mewujudkan sehingga 20,000 usahawan menjelang akhir tahun ini menerusi program perniagaan dalam talian.
Pengarah Urusannya Kamal Mohd Nor,berkata menerusi sistem e-dagang sbp2u.com yang diperkenalkan sejak awal tahun ini,Superbest sudah mewujudkan lebh 2,000 usahawan yang dikenali sebagai ejen promosi.


PANAS..
20/08/2010

WOW ....RM100 dah boleh berniaga.. Cubalah ..anda sihat KAMI bayar.. Yer..kami bayar dengan wang ringgit apabila anda war-warkan anda sihat pada rakan-rakan anda.. Itu saja mudah bukan..ingat..anda sihat KAMI bayar..


ANDA SIHAT KAMI BAYAR
20/08/2010

Superbest Power kini bukan sekadar kopi..ianya jenama yg semakin mendapat tempat dan menjadi bualan semua pihak. Minuman bertenaga menyihatkan menjana pula pendapatan.. Usah fikir untuk menjual. Cuba dulu sample percuma kami.. Rasai perbezaan .. Nilai sendiri dan bagi tau rakan. Anda dibayar komisen sehingga RM24 juta .


Tawaran Kepada Pengguna yang Mempunyai Visa dan Mastercard
10/08/2010

 Superbest Power (M) Sdn. Bhd. menawarkan kepada Stokis dan Super Agen untuk membuat belian melalui kad Visa dan kad Mastercard samada belian produk atau keahlian.  Pemegang kad Visa dan kad Mastercard yang melakukan urusniaga dengan SBP juga boleh melakukan pembayaran ansuran 6 bulan atau 12 bulan (terma dan syarat).


Filem dan Drama yang Ditaja oleh SUPERBEST POWER (M) SDN BHD pada 2010
06/08/2010

 FILEM :

Merong Mahawangsa : KRU Production

Drama :

Mencintai Mu : Temenggong Picture Sdn Bhd  (ASTRO)

Dari Kodiang ke Kuala Lumpur :  Temenggong Picture Sdn Bhd  (ASTRO)

Tipah Vavavoom : Temenggong Picture Sdn Bhd  (TV3)

Ranjau Kehidupan : Saga Lines (M) Sdn Bhd (RTM) 

Tan Tun : Arie Zaharie Production ( ASTRO )

Qalesya 2 : Nusantara Karya Seni Sdn Bhd ( ASTRO)

Halimah Jongang : A.Aida Production Sdn Bhd ( ASTRO)


Visitors Counter: