SUPERBEST UBAH STRATEGI LANCAR PERNIAGAAN SECARA ONLINE PERKUKUH KEDUDUKAN.HARIAN METRO-JUMAAT,8 JANUARI 2010

Written by: Webmaster 2010/01/12

   Superbest Power (M) Sdn Bhd, pengeluar produk berasaskan herba jenama Superbest Power, menjangka pertumbuhan operasi perniagaannya meningkat sehingga lebih 100 peratus menjelang hujung tahun ini berbanding 2009.

   Ia berikutan pengenalan beberapa produk baru yang memenuhi permintaan pelanggan di samping pembaharuan dalam struktur perniagaannya daripada bentuk perdagangan biasa kepada perdagangan  berasaskan on-line atau e-dagang.

   Pengarah Urusannya, Kamal Mohd Nor, berkata pihaknya mula menukar strategi perniagaan kepada lebih baik dan telus bagi keperluan semua ejen pengedarnya selepas prestasi kewangan tahun lalu kurang memberangsangkan.

   "Kali ini kita guna sistem e-dagang yang membolehkan semua ejen Superbest Power mengikut pelan pemasaran produk yang teratur,baik dan lebih penting ia bercirikan sistem telus serta boleh dicapai semua peringkat ejen.

   "Pihak kami juga mengembangkan web www.sbp2u.com menjadi laman mesra pengguna supaya memudahkan ejen memahami konsep perdagangan yang akan kita guna pakai ini.

   "Berdasarkan perancangan rapi ini juga, Superbest Power sangat berharap dapat mengagihkan tiga peratus daripada jualan syarikat kepada semua ejen.Ia sebagai penghargaan atas daya usaha mereka juga," katanya ketika ditemui di pejabat urusan Superbest Power di Damansara Damai.

   Kamal turut menjelaskan dua produk minuman kecantikan berasaskan herba dikenali slimlife dan SBP Hi-Fiber Collagen akan mula berada di pasaran tempatan minggu depan khusus untuk keperluan mereka yang mahu kelihatan menarik.

   Katanya, dua produk itu rangkaian terbaru Superbest Power dalam masa terdekat ini selepas meraih sambutan menggalakkan menerusi minuman kopi pracampuran dan teh ais limau yang campur herba,misai kucing.

   "Selain itu,kami berhasrat menambah beberapa lagi produk baru bagi mengukuhkan pasaran tempatan, di samping mengembangkan cawangan stokis Superbest Power  ke seluruh daerah di Malaysia, sekurang-kurangnya 100 lagi termasuk Sabah Sarawak," katanya.

Berita Terkini

SUPERBEST POWER PELAWA SERTAI PROGRAM RAKAN NIAGA
28/08/2010

SUPERBEST Power (M) Sdn Bhd,pengeluar produk minuman kesihatan berasaskan herba menyasar mewujudkan sehingga 20,000 usahawan menjelang akhir tahun ini menerusi program perniagaan dalam talian.
Pengarah Urusannya Kamal Mohd Nor,berkata menerusi sistem e-dagang sbp2u.com yang diperkenalkan sejak awal tahun ini,Superbest sudah mewujudkan lebh 2,000 usahawan yang dikenali sebagai ejen promosi.


PANAS..
20/08/2010

WOW ....RM100 dah boleh berniaga.. Cubalah ..anda sihat KAMI bayar.. Yer..kami bayar dengan wang ringgit apabila anda war-warkan anda sihat pada rakan-rakan anda.. Itu saja mudah bukan..ingat..anda sihat KAMI bayar..


ANDA SIHAT KAMI BAYAR
20/08/2010

Superbest Power kini bukan sekadar kopi..ianya jenama yg semakin mendapat tempat dan menjadi bualan semua pihak. Minuman bertenaga menyihatkan menjana pula pendapatan.. Usah fikir untuk menjual. Cuba dulu sample percuma kami.. Rasai perbezaan .. Nilai sendiri dan bagi tau rakan. Anda dibayar komisen sehingga RM24 juta .


SuperBestPower (M) Sdn.Bhd di Carrefour, Subang Jaya
18/08/2010

Dapatkan produk kopi pra campuran herba SUPERBEST POWER di tingkat bawah Carrefour, Subang Jaya jam 10pg-10mlm sepanjang Ramadhan dari 10/8 - 9/9/2010, berbagai maklumat tentang produk minuman, kecantikan dan kelangsingan serta pelan PEMASARAN disediakan. hubungi 012-6651689: 017-2948244 untuk keterangan lanjut.


Tawaran Kepada Pengguna yang Mempunyai Visa dan Mastercard
10/08/2010

 Superbest Power (M) Sdn. Bhd. menawarkan kepada Stokis dan Super Agen untuk membuat belian melalui kad Visa dan kad Mastercard samada belian produk atau keahlian.  Pemegang kad Visa dan kad Mastercard yang melakukan urusniaga dengan SBP juga boleh melakukan pembayaran ansuran 6 bulan atau 12 bulan (terma dan syarat).


Visitors Counter: